TOFU KUNGFU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan

  • 1 bungkus tofu telur – potong kecil
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu tepung jagung

 

BAHAN KUAH

  • 1 liter air rebusan ayam/stok ayam
  • ½ batang lobak merah – hiris
  • 1 tangkai daun sawi
  • 1 ulas bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 cm halia – hiris
  • Sedikit bancuhan tepung jagung
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

 

Cara Menyediakan

1.Taburkan tepung ke atas tofu lalu digoreng kuning keemasan. Ketepikan.

2.Di dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.

3.Tuangkan air rebusan ayam lalu dimasukkan kesemua bahan lain.

4.Perasakan dengan garam dan lada putih lalu dipekatkan dengan bancuhan tepung. Setelah sedikit pekat, tuangkan kuahnya ke atas tofu goreng.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan