Kali pertama melangkah masuk ke kafe Cilantro, hati terus terpaut dengan keunikan dekorasi reka cipta perabut menggunakan kayu palet berlatarkan kehijauan tumbuh-tumbuhan herba mengelilingi setiap ruang. Kafe yang berkonsepkan santai dan relaks ini menghidangkan menu berasaskan daging dan herba dengan mengetengahkan dua jenis daging iaitu daging merah dan putih.

Bukan sekadar makan semata-mata, malah konsep nilai tambah 3 + 1 ini, mendedahkan pelanggan sedikitilmu berkaitan daging dan perkongsian pengalaman bersama pemilik kafe,  Mohammad Ammar Sobri. Tegas Amar, pelanggan turut berpeluang memetik tumbuhan herba yang segar ketika menikmati hidangan. Mini laman herba yang diusahakan Amar ini, memiliki 7 jenis herba antaranya rosemary, oregano, thyme, stevia, lemon balm, pudina dan sweet basil yang sememangnya mempunyai khasiat tersendiri.

Cilantro yang baru beroperasi sejak tujuh bulan lalu, menerima sambutan yang amat menggalakkan . Jelas isterinya, Noremilia Sharmila Nawawi, idea untuk membuka Cilantro ini datangnya bila setiap kali melihat Jamie Oliver memasak. “Kami cuba menggabungkan unsur-unsur barat dan timur sehingga wujudnya menu Western Fusion di Cilantro yang boleh dinikmati dari pelbagai peringkat usia.

Cilantro yang boleh membuatkan seramai 40 orang pelanggan  dalam satu-satu masa menawarkan pakej RM 170 untuk hidangan empat orang dengan 12 jenis hidangan iaitu Kerepek dan Buah-buahan (Appetizer), Roti Bawang Putih, Sup Cendawan (Sup), Nasi Istimewa Cilantro, Sup Kambing Gearbox, Brokoli Krim, Sayuran Panggang, Mix Grill- Daging, Kambing, Ayam dan Jus Segar(Main Course) Kek Pisang dan Aiskrim (Dessert).  Tambahan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

Menariknya, pengunjung boleh memasak secara sendiri (Do ItYourself), pengalamanan seperti ini perlu dirasai dan pastinya ia amat menyeronokkan. Setiap tempahan perlu di buat sehari lebih awal untuk memudahkan pihaknya membuat penyediaan bahan. Untuk hidangan ala carte (walk in) hanya dibuka pada setiap Jumaat hingga Ahad khusus buat peminat daging smoke. Untuk menambahkan kesegaran, pengunjung juga akan dihidangkan dengan air signature Cilantro iaitu Honey Thyme Tea.

Selain itu, Cilantro turut menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis di Cilantro dengan kadar sewa serendah RM 300 tidak termasuk pakej makananyang hanya akan dibuka dari 8 malam – 11.00 malam (4 jam) dalam satu masa.

CILANTRO

D Sherperd Studio

Jalan Kelisa 1

Sungai tangkas, Kajang