BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu –potong nipis dan goreng
1 labu bawang besar – potong kiub
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 cm halia – cincang halus
1 biji lada benggala merah – potong kiub
1 biji lada benggala hijau – potong kiub
1 batang lobak merah – potong ikut suka
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
CARA MENYEDIAKAN:
- Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan sos tomato, cuka bersama air secukupnya dan biarkan ia mendidih.
- Kemudian masukkan tauhu, selepas itu masukkan garam dan gula.
- Sayur hendaklah digoreng sekejap untuk mendapatkan warna yang cantik.
- Kemudian barulah dimasukkan ke dalam kuah sos masam manis tadi.