BAHAN-BAHAN:
2 sosej tauhu telur – setebal 1 ½ cm
4 sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung beras
½ sudu besar serbuk kari
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
1 sudu kecil serbuk penaik
Minyak
CARA MENYEDIAKAN:
- Bancuh sebati ke semua bahan kecuali tauhu dan sos.
- Adunan hendaklah tidak terlalu cair.
- Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.
- Celup potongan tauhu ke dalam adunan tadi dan goreng sehingga warna keemasan.
- Apabila telah masak angkat dan tos.