TIPS DAPUR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

 

  • Menurut Datuk Chef IsmailAhmad untuk mendapatkan rasa kuah kurma yang enak dan menangkap, dia ingat pesan ibunya…“campurkan sikit gajus kisar ke dalam kuah kurma untuk mendapatkan rasa lemak yang berbeza. Kalau masak kurma telur contohnya, kuah kurma tu akan menjadi pekat dan gajus kisar tu melokek kat tolo tu, aduhai!’’ Selain itu dia juga memberitahu kalau nak dapatkan rasa pisang goreng yang rangup dan sedap, campurkan sedikit bijan dan kelapa parut dalam adunan tepung. Memang terangkek!

 

  • Jika anda menggoreng ikan bilis jangan sesekali mencampurkannya dengan hirisan bawang sewaktu menggoreng. Ikan bilis hendaklah digoreng berasingan sehingga garing. Setelah diangkat barulah digoreng bawang ataupun cili potong. Ini bagi mengelak ikan bilis anda menjadi liat dan agak sukar untuk garing walaupun digoreng lama.

 

  • Dalam masakan kari ikan, biasanya selain bawang, halia, daun kari dan halia, kita boleh juga mencampurkan rempah campuran (jintan manis, biji sawi, jintan putih, ketumbar, halba) bagi mendapatkan aroma yang lebih wow. Tapi rempah campuran ini sesuai untuk kari ikan sahaja. Selain menggunakan santan, kuah kari ikan anda juga boleh menggunakan cecair alternatif seperti susu masam (tairu), susu cair, ataupun air asam jawa.

 

  • Biasanya nasi lemak yang dikatakan sedap nasinya berminyak dan menggunakan santan yang lebih. Tapi jarang sekali kalau kita masak nasi lemak susah untuk mendapatkan kesan berminyak pada nasi. Selain penggunaan santan, kita boleh campurkan buah keras yang dikisar lumat dan dicampurkan dalam santan. Hasilnya nasi lemak anda akan lebih nampak berminyak.

 

  • Hati ayam yang digoreng biasanya akan meletup dan membuatkan kesan minyak akan mengotorkan dapur anda. Bagi mengelakkannya ia berlaku, sebaiknya hari ayam dikelar agar kulit bahagian luarnya tidak menggelembung ketika terkena minyak panas. Satu resipi mudah untuk menggoreng hati ayam tanpa ada kesan letupan seperti itu: Hati ayam tidak perlu direbus, hanya dihiris tebal. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah hiris, sedikit bawang putih hingga kuning. Kemudian masukkan hati ayam, daun kari, serbuk lada hitam dan tumis sehingga kering. Hati ayam akan terasa lebih lembut dan tidak meletup.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan