BAHAN PERAP:
300 gm isi tuna
Garam dan lada hitam
1 biji lemon – perah
3 sudu besar minyak zaitun
BAHAN SOS
1 biji lemon – perah
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji lada benggala kuning
½ labu bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
BAHAN HIASAN
Salad
CARA MENYEDIAKAN:
- Perap isi ikan tuna dengan bahan perap selama sejam. Setelah itu panaskan kuali tahan lekat dan masukkan isi ikan tuna. Tidak perlu dimasak terlalu lama dan garing, kerana ikan tuna boleh dimakan separuh masak. Cukup ia garing pada bahagian luar sahaja. Angkat dan hiris tebal.
- Untuk sos; kukus lada benggala, bawang putih dan bawang besar. Kemudian kisar bersama bahan sos yang lain.
- Untuk menghidangkannya, susun hirisan isi tuna dan campurkan salad dan tuangkan sos.