BAHAN PERAP:
300 gm ikan kod
Garam secukup rasa
Secubit lada putih
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar sos teriyaki
2 sudu besar sirap maple
60 gm serbuk roti
Sedikit minyak
BAHAN SOS teriyaki:
1 sudu besar sirap maple
1 sudu besar sos teriyaki
70 gm mentega tanpa garam
Garam secukup rasa
BAHAN TAMBAHAN:
1 biji kentang – hiris tebal
Sudu besar mentega
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 batang lobak merah
Asparagus
BAHAN SOS SERAI:
100 ml stok ikan
60 gm krim masakan
2 batang serai – titik
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan bahan perap, kecuali ikan dan minyak. Gaul sebati. Tepekkan adunan di atas ikan dan biarkan selama sejam.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali tahan lekat. Masukkan ikan, dan biarkan selama 5 minit dan kemudian balikkan dan biarkan lagi 5 minit. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian kita siap bahan sos teriyaki; pukul mentega dan kemudian campurkan semua bahan lain. Ketepikan. Setelah itu satukan pula bahan sos serai. Gaul sebati. Buangkan serainya setelah sos dibancuh sebati. Ketepikan.
- Untuk bahan tambahan; Lumurkan kepingan kentang dengan garam, mentega dan lada sulah, masak di atas kuali tahan lekat ataupun dibakar. Asparagus dan lobak direbus dan lumurkan garam dan lada sulah.
- Untuk menghidangkannya, susun semua bahan dan tuangkan sos.