Tip Hasilkan Itik Panggang Lazat

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Lemak yang terdapat di lapisan bawah kulit itik memberikan satu elemen rasa yang cukup menyelerakan. Lapisan lemak yang cair di dalam mulut, ditambah dengan kerangupan kulit yang dipanggang, sukar digambarkan dengan kata-kata.

Saji Online bertuah kerana pemilik Restoran Cina Muslim Al-Munawarah sudi berkongsi beberapa tip untuk menghasilkan Itik Panggang.

  • Bersihkan bahagian dalam itik.
  • Mandikan itik dengan air panas dan limau. Tujuannya untuk menghilangkan bau hanyir.
  • Letak perapan di bahagian dalam seekor itik. Bahan-bahannya adalah five spices dan garam. Letak secukupnya.
  • Jahit bahagian bawah itik dengan jarum supaya bahan perapan meresap dengan sempurna.
  • Gantung itik semalaman. Lebih elok jika dihalakan dengan kipas.
  • Selepas itu panggang selama 45 minit.
  • 10 minit pertama dengan api besar dan 35 minit seterusnya dengan api sederhana.
  • Cara untuk tentukan masak apabila bahagian paha itik sudah mula mengalir air lemak.
  • Buka jahitan supaya itik panggang lebih tahan lama.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan