JAWI PERANAKAN – MACAM DI MOROCCO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Tak dapat nak digambarkan betapa indahnya momen ketika berada di Penang. Satu perasaan yang cukup peribadi dan sangat unik. SAJI akhiri percutian di Pulau Mutiara ini di Jawi Peranakan Mansion. Sebuah banglo yang terletak di lorong-lorong kecil dan dikelilingi bangunan usang.

Saat menjejakkan kaki kanan di ruang lobi, wow, SAJI kini seolah-olah berada di Morocco. Tapi Jawi Peranakan bukanlah dari Morocco. Keturunan Jawi Peranakan merupakan kacukan Melayu dengan etnik India di bahagian utara iaitu Arab, Punjabi, Turki, Parsi, Benggali, Gujerati dan Afghani. Dan berbeza daripada mamak.

Kedatangan SAJI disambut dengan kecantikan panorama halaman banglo.  Segalanya diadaptasi dengan begitu sempurna oleh pemilik, Christopher Ong, yang juga pemilik Seven Terrace. Daripada rekabentuk luar sehinggalah perincian kecil. Segalanya dibina mengikut jenama Jawi Peranakan. Lebih menambah suasana, semua kakitangan memakai seragam Punjabi dan melakukan tugas tanpa memakai sandal. Satu tindakan yang cukup bijak dalam mereka suasana.

SAJI ditempatkan di Mansion Suite yang mempunyai dua tingkat. Dan segalanya begitu memukau pada pandangan mata. Ini dekat Malaysia ke? Aduhaiiii…seronok tak terkata apabila bakal beradu di bilik seindah ini. Tapi betul ke dekat Malaysia ni? Mana ada hotel macam ni!

Dan sudah tentu, butik hotel yang mempunyai 10 bilik ini turut menyediakan minuman percuma untuk tetamu. Jadi minum apa sahaja yang terhidang sampai kembong perut. Kalau tak bawak pengecas telefon, tak perlu risau, hotel telahpun menyediakannya untuk anda.

Ada kolam renang, yeayyyy. Ruang yang cukup santai untuk menghabiskan masa petang. Kalau nak bersarapan di sini pun apa salahnya. Lihat sahaja gambar yang dikongsikan dan pasti anda dapat merasai sendiri keterujaan SAJI.

Memang serba salah dibuatnya. Kalau boleh nak duduk sahaja seharian di dalam bilik sebab terlalu cantik dan sayang nak tinggalkan. Tapi bila duduk di kawasan kolam renang, berat hati nak tinggalkan suasana tenang ni. Aduiii.

SAJI beri 5 bintang untuk layanan terbaik oleh staf Jawi Peranakan Mansion terutamanya Mr. Dhillip. Jutaan terima kasih SAJI ucapkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan