HOTEL ADYA BERCIRI ISLAMIK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Terlepas segala bebanan tatkala singgah di Hotel Adya, Langkawi. Destinasi percutian yang cukup sempurna. Hotel bertaraf empat bintang milik Permodalan Kedah Berhad ini menjanjikan memori yang cukup indah apabila berkunjung ke Langkawi.

Sesuatu yang cukup unik dan berpegang teguh dengan konsep Islamik, Adya cukup peka dengan sensitiviti muslimah. Dan atas sebab itu, hotel setinggi 14 tingkat ini menyediakan kolam renang khas untuk kaum wanita dan kolam renang awam untuk keluarga. Hotel ini menawarkan lapan jenis bilik iaitu Superior Town View, Deluxe Sea View, Executive, Family Town View, Family Sea View, Junior Suite, Premier Suite dan Perdana Suite.

Menurut Pengurus Besar Hotel Adya, Razmi Rahmat, Hotel Adya merupakan hotel pertama di bawah kerajaan Kedah dan merupakan hotel empat bintang pertama di Malaysia.

“Setiap bilik disediakan dengan balkoni, kami menyediakan bubble lift untuk melihat pemandangan Pekan Kuah dan kolam renang muslimah dan awam. Malah setiap bilik disertakan dengan al-Quran dan surah Yassin.

“Setiap pagi, akan berkumandang bacaan surah pendek, surah lazim dan bacaan doa. Dan kami akan membuat pengumuman waktu solat. Walaupun mengambil konsep Islamik, namun hampir 50 peratus pelanggan adalah daripada kalangan bukan Islam,” katanya.

Pengalaman di Hotel Adya sememangnya cukup menyenangkan. Layanan petugas yang cukup mesra, deretan hidangan menambat rasa dan sudah pasti, keselesaan bilik. Memang tip top.

Jika sebelum ini, sudah pasti setiap muslimah gusar jika ingin bersantai di kolam renang. Namun di Hotel Adya, anda bebas melakukan aktiviti renang kerana ianya tertutup dan lelaki dilarang masuk sama sekali.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan