THE BUNGALOW – LONE PINE

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Masih ingin mengambil konsep warisan, restoran di sini mengekalkan gaya hidangan yang cukup tradisional. Menggunakan tiffin, sajian juga mengambil makanan popular Pulau Pinang sebagai menu utama.

SAJI dihidangkan dengan gabungan Ayam Kapitan, Sambal Udang, Sayur Campur dan acar buah sebagai hidangan tengahari. Teruja rasanya menikmati hidangan di hotel 5 bintang dengan konsep ala-ala di rumah. Unik dan menarik.

Dua menu utama yang SAJI terjah dahulu sudah tentulah Ayam Kapitan dan Sambal Udang. Fuhhh, rasanya sampai mencengkam dada. Sama taraf seperti masakan ibu di rumah. Memang meletup.

Jangan terkejut jika SAJI beritahu harganya. Seperti tidak padan dengan kuantiti dan kualiti yang ditawarkan. Sajian menu Tiffin hanyalah RM37.30 untuk dua orang makan. Betul ke ni?

Malah menurut staf di sini, Lone Pine turut menawarkan kelas memasak setiap hari Rabu daripada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari yang dikelolakan oleh Ketua Chef.

LONE PINE HOTEL dimiliki sepenuhnya oleh Eastern & Oriental Berhad.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan