BAHAN-BAHAN:
4 batang terung panjang (saiz sederhana)
3 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang (cincang halus)
2 ulas bawang putih
1 kuntum bunga cengkih (dihancurkan)
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
3 biji tomato besar (direbus, dibuang kulit dan cincang kasar)
½ sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil gula
½ biji lemon (ambil jus)
daun pasli (cincang)
Lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar kepada suhu 190°C.
- Potong terung secara memanjang.
- Keluarkan isi dari terung dan cincang.
- Rebus terung dalam air mendidih selama 2 minit. Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga lembut dan keemasan.
- Tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng selama 2 minit.
- Tambah pasli, terung yang di cincang, tomato, lada hijau dan merah, kayu manis, garam dan lada hitam dan masak selama 5 minit.
- Masukkan jus lemon dan gula secukup rasa.
- Susun terung dalam dulang dan masukan semua bahan yang ditumis tadi. Tutup dulang dengan kertas aluminium. Bakar di dalam ketuhar selama 25 minit.
