BAHAN-BAHAN RENDANG AYAM
1 kg daging ayam (cincang)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ cm halia
½ cm lengkuas
½ cm kunyit hidup
7 tangkai cili padi
4 batang serai (dititik)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros / serbuk kari
1 sudu besar Gula Melaka
5 helai daun Kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
- Masukkan cili kisar, rempah Cap Bunga Ros, gula Melaka, kerisik. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
- Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
BAHAN-BAHAN LASAGNA
6 keping kulit lasagne
500 gm keju Mozarella diparut
300 gm sos putih
BAHAN SOS PUTIH
½ liter susu UHT
3 sudu kecil roux
Panas kan susu kemudian masuk kan garam, serbuk lada putih dan sebuk buah pala, kemudian setelah panas masuk kan agen roux kacau sehingga pekat.
CARA MENYEDIAKAN LASAGNE
- Panaskan ketuhar kepada 200⁰C.
- Masukan 4 sudu besar rendang ayam di atas dulang pembakar. Susun 2 keping kulit lasagna dan letak 3 sudu rendang ayam di atas kulit lasagna. Kemudian letakkan 2 sudu sos putih di atas rendang ayam dan letakkan keju mozarella di atasnya. Ulang semula sehingga lapisan kedua. Taburkan keju mozzarella di atas dan tutup dengan kertas aluminium.
- Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit, keluarkan alumunium foil setelah selesai.
- Masukkan kembali ke dalam ketuhar selama 5 minit lagi sehingga bahagian atas lasagna keemasan. Biarkan 10 minit sebelum dihidangkan.