BAHAN-BAHAN:
1 kg kambing dipotong dadu saiz 2/3 cm
2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil halia
1 sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil saffron
½ sudu kecil ras el hanout
2 batang kulit kayu manis
¼ cawan minyak zaitun
¼ cawan minyak sayur/marjerin
1 cawan aprikot kering
1 cawan buah pic
3 sudu kecil gula/madu
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
300 gm badam goreng
2 sudu kecil bijan dan batang ketumbar
BAHAN-BAHAN REMPAH RAS EL HANOUT
2 sudu kecil serbuk buah pala
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 cm halia
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam
2 batang kayu manis
1 ½ sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil paprika
1 ½ sudu kecil serbuk lada hitam
20 gm cili kering
1 sudu kecil serbuk buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MENYEDIAKAN:
- Goreng kesemua bahan tadi tanpa minyak kemudian kisar menggunakan pengisar kering dan simpan di dalam bekas.
- Campurkan daging dengan bawang, bawang putih, rempah dan minyak. Masak daging yang telah di campur selama beberapa minit dengan api yang sederhana di dalam periuk.
- Masukkan 2 cawan air dan daun ketumbar yang dipotong halus. Masak dengan api yang tinggi supaya daging boleh mereneh yang cepat.
- Tutup dan reneh daging dengan api sederhana selama satu jam atau sehingga dagingnya sangat lembut.
PESAN SAJI: Ketika memasak, tambahkan ½ cawan cecair. Jika perlu, tambah sedikit air semasa memasak untuk mengelakkan daging dari kering. Apabila daging telah masak, kurangkan sos sehingga minyak dan bawang sahaja yang tinggal.
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan aprikot dalam periuk kecil dan tutup dengan air. Reneh aprikot dengan api sederhana, sebahagiannya ditutup, selama 10 hingga 15 minit, atau sehingga lembut.
- Tambah gula (atau madu), kayu manis.
- Reneh aprikot selama kira-kira 5 hingga 10 minit atau sehingga kesemua aprikot diselami sirap tebal.
- Untuk menghidangkan, letakkan daging yang dimasak di atas pinggan besar bersama-sama aprikot dan sirap. Hiaskan dengan badam goreng.