BAHAN-BAHAN:
500 gm daging dihiris nipis
2 sudu besar bawang putih – cincang
1 ½ sudu gula
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil kicap cair
BAHAN-BAHAN VINAIGRETTE:
1/2 cawan cuka beras
1 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS CELUP:
1 biji jus limau
Garam secukup rasa
½ sudu kecil lada sulah
2 labu bawang besar – hiris
2 biji tomato dipotong dadu
2 ikat bayam (daun sahaja)
Minyak masak secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Sediakan bahan-bahan perapan iaitu bawang putih, sos tiram, sos ikan, kicap cair dan minyak bijan. Selepas itu, perap daging selama 1 hingga 2 jam.
- Vinaigrette disediakan dengan mencampurkan cuka beras, gula dan garam. Bawang besar merah dihiris nipis dan dicampurkan dengan Vinaigrette selama 10 minit.
- Kemudian panaskan kuali, masukkan 3 sudu minyak masak dan masukkan daging yang diperapkan tadi sehingga masak.
- Susun bahan-bahan yang telah disediakan secara berlapis: Mulakan dengan bayam yang telah dicuci dan diletakkan di atas pinggan.
- Kemudian, letakkan daging yang telah digoreng tadi di atas bayam. Akhir sekali, letakkan Vinaigrette dan tomato yang telah dipotong dadu.