TERUNG BAKAR & AIR ASAM SELASIH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN TERUNG BAKAR

4 batang terung panjang

Sedikit minyak masak

 

BAHAN AIR ASAM SELASIH

1/2 cawan air panas

200 gm ikan bilis – tumbuk kasar

10 tangkai cili padi – tumbuk kasar

3 tangkai cili merah – tumbuk kasar

3 cm belacan bakar – kisar

Sedikit air asam jawa

3 ulas bawang merah- hiris halus

3 biji buah tomato – potong dadu

Sedikit daun selasih – hiris halus

Secubit gula

Secubit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. CARA UNTUK MEMBUAT TERUNG BAKAR : Terung dibersihkan, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak masak.
  2. Selepas itu, panggang terung seketika di atas dapurdengan api yang sederhana besar hingga empuk. Rehatkan dalam 10 minit.
  3. Pisahkan kulit dari isinya dan siat-siat isi terung hingga menjadi hancur dan lembut. Ketepikan seketika.
  4. CARA UNTUK MEMBUAT AIR ASAM : Tumbuk ikan bilis, cili padi dan cili merah, campurkan dengan belacan bakar yang dikisar ke dalam bekas.
  5. Kemudian, masukkan secukup rasa gula dan garam ke dalam bekas tadi.
  6. Satukan air asam jawa dengan air panas dan masukkan ke dalam bekas cili dan belacan yang sudah ditumbuk tadi. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  7. Akhir sekali masukan bawang merah, tomato dan daun selasih serta isi terung panjang yang telah dipanggang tadi, gaul hingga mesra.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan