BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – cincang
3 tangkai cili padi – ketuk
3 ulas bawang merah – hiris
300 gm udang kering
2 sudu besar sos tiram
1 biji peria
2 tangkai cili merah – hiris
2 biji telur masin – rebus
1/4 cawan air
30 ml minyak masak untuk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Secubit pati ayam
CARA MENYEDIAKAN:
- Udang kering direndam dalam air panas sekejap, tuskan dan tumbuk kasar.
- Peria dibelah, buang biji dan dipotong agak tebal, celur dan tuskan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga naik bau.
- Masukkan udang kering yang ditumbuk dan sos tiram, kacau hingga sebati.
- Masukkan peria, cili merah dan telur masin yang telah dihancurkan. Gaul hingga sebati.
- Akhirnya masukkan sedikit air, goreng seketika dan masukkan garam, gula dan pati ayam sebagai bahan perasa. Kacau hingga mesra.