BAHAN-BAHAN:
500 gm labu Siam – hiris
250 gm tempe – potong dadu dan digoreng
100 gm udang
1 labu bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – cincang halus
6 cm lengkuas – diketuk
2 helai daun salam
100 gm suhun – rendam
200 gm fucuk soya – rendam
500 ml santan
100 ml air
1 biji tomato – potong dadu
30 ml minyak masak
Sedikit gula Melaka
Sedikit lada hitam
Sedikit pati ayam
Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun salam hingga harum.
- Kemudian masukkan suhun, fucuk soya, santan dan air, kacau hingga mendidih.
- Selepas itu masukkan sayur labu Siam, tempe yang telah digoreng dan udang. Gaul hingga sebati.
- Akhirnya tambahkan tomato dan gula Melaka, garam dan lada hitam. Kacau hingga mendidih. Tutup api dan hidang panas-panas.