BAHAN-BAHAN
600 gm ikan bawal mas
3 batang serai – diketuk
6 cm halia muda – dihiris
6 ulas bawang putih – hiris
2 labu bawang besar – hiris
5 tangkai cili padi – diketuk
1 batang lobak merah – hiris
1 biji tomato – potong dadu
2 sudu kecil tepung jagung
6 biji limau kasturi – ambil jusnya
6 helai daun limau purut
6 biji asam boi
1 biji limau nipis
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Sedikit pati ayam
Sedikit sos ikan
Daun pisang
Aluminium foil
20 ml minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
- Ikan bawal mas dibersihkan, kemudian lumurkan garam bersama perahan limau nipis.
- Letak ikan di atas daun pisang dan aluminium foil.
- Kemudian letakkan serai, halia muda, bawang putih, bawang besar, cili padi, lobak merah, tomato, daun limau purut, limau kasturi dan asam boi setengahnya di bawah ikan dan setengah lagi di atas ikan.
- Bancuh tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Masukkan sedikit garam, lada putih, pati ayam dan sos ikan.
- Selepas itu balut ikan tersebut dengan daun pisang dan aluminium foil. Kukus ikan selama 20 minit hingga 25 minit.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan.