IKAN TALAPIA BAKAR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan talapia

3 batang serai – diketuk

2 sudu kecil serbuk kunyit

3 sudu besar pati tomyam

2 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil pati asam jawa

2 helai daun limau purut

2 tangkai daun ketumbar – hiris halus

1 biji limau nipis – ambil jusnya

Sedikit belacan bakar

Sedikit gula Melaka

Sedikit garam

Sedikit lada hitam

Sedikit pati ayam

30 ml  minyak masak

Daun pisang

Aluminium foil

 

BAHAN KISAR :

1 labu bawang besar

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

6 cm halia

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ikan talapia dibersihkan dan lumurkan dengan garam bersama perahan limau nipis.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar, serai, serbuk kunyit, pati tomyam, daun limau purut, dan belacan yang telah dibakar. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan gula Melaka, lada hitam dan pati ayam. Masak sehingga pes menjadi pekat.
  4. Setelah pes masak, perapkan dengan ikan bawal selama setengah jam.
  5. Kemudian balut ikan dengan daun pisang dan beralaskan aluminium foil. Bakar hingga masak. Hidangkan dengan nasi panas-panas.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan