BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
200 gm tepung jagung
1 biji limau nipis
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit pati ayam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng ikan
BAHAN KUAH :
6 ulas bawang merah – kisar
6 ulas bawang putih – kisar
6 tangkai cili padi – kisar
3 cm halia – hiris halus
2 batang serai- dititik
4 helai daun limau purut
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos plum
1 tin kiub nanas
200 ml pati strawberi
2 labu bawang besar – potong dadu
1 biji tomato – potong dadu
1 tangkai daun ketumbar- hiris halus
1 tangkai daun bawang – hiris halus
Sedikit gula Melaka
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit pati ayam
30 ml minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
- Bersihkan ikan dan cuci dengan garam bersama perahan limau nipis.
- Lumurkan ikan dengan lada hitam, pati ayam dan serbuk kunyit. Pastikan semua bahagian dilumurkan rata.
- Kemudian lumurkan pula dengan tepung jagung kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalamnya.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Minyak perlu betul-betul panas dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- CARA MEMBUAT KUAH : Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, halia dan serai serta daun limau purut.
- Apabila bahan tumisan telah naik bau, sos cili Thai, sos tomato, sos ikan, sos plum, pati strawberidan sedikit sudu jus nanas di dalam tin. Kacau seketika.
- Kemudian masukkan bawang besar, tomato dan isi nanas. Masukkan sedikit air.
- Masukkan pula garam, gula melaka, lada hitam dan pati ayam secukupnya. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun ketumbar dan daun bawang.