KELI BAKAR LEMAK KUNING DAUN KADUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

5 ekor ikan keli

10 tangkai cili api – kisar

2 tangkai cili merah- kisar

3 cm kunyit kunyit hidup – kisar

1 liter santan

10 helai daun kaduk

Sedikit gula

Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ikan keli disalai hingga masak dan diketepikan.
  2. Satukan santan, cili api, cili merah dan kunyit hidup di dalam periuk. Jerang di atas api sederhana kecil. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih
  3. Kemudian masukkan ikan keli salai. Tutup periuk selama 2 minit dan kacau hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan daun kaduk,dan biarkan seketika. Setelah sebati masaknya, bolehlah ditutup apinya.

 

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan