BELI 1 PERCUMA 1 DI GEN JAPANESE RESTAURANT

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

KONNICHIWA…Panjangkan langkah ke Gen Japanese Restaurant untuk menikmati promosi hebat SUNWAY PUTRA HOTEL Kuala Lumpur, beli satu percuma satu.

Bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, Gen Japanese Restaurant menawarkan seleksi hidangan buffet seperti Maguro(Tuna Sashimi), Shake (Norwegian Salmon Sashimi), Hamachi (Yellow Tail Sashimi) and Tako (Octopus Sashimi)Sashimi Mori (Assorted Slices Raw Fish).

Pengunjung juga dimewahkan dengan hidangan eksklusif seperti Sanshoku Maki(Salmon, Tuna and Cuttlefish Roll), Tori Teriyaki (Grilled Chicken with Teriyaki Sauce), KamoKunsei To Karashi (Smoked Duck with Mustard Sauce), SaradaMoriawase (Vegetable Salad), Tori TebaKare Age (Deep-fried Chicken Wings) and Abekawe Mocha (Japanese Rice Cake with Mixed Peanuts)Shabu-Shabu (Japanese Steamboat) dan Shake Aburi Maki (Seared Salmon Skin Roll).

Deretan hidangan buffet ini direka khas hanya untuk Gen Japanese Restaurant oleh Chef Mazwadie. Pengalaman 13 tahun dalam dunia kulinari diadunkan menjadi senjata utama dalam mempersembahkan seni hidangan negara Matahari Terbit ini.

Melangkah masuk ke bilik tatami memberikan nilai tambah kepada pengalaman menjamu selera di Gen. Anda boleh memilih untuk menikmati hidangan berkonsepkan budaya Jepun ataupun di ruangan separa bola sambil mata dijamu pemandangan indah Kuala Lumpur. Cukup unik.

Gen Japanese Restaurant terletak di level 10 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang dan 6.00 petang sehingga 10.30 malam untuk makan malam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan