BAHAN CELUP TEPUNG
10 ekor ikan selayang
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan
1/2 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
2 sudu besar marjerin – cairkan
1 ½ cawan air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
BAHAN CILI COLEK :
160 ml air
160 ml sos ikan Thai
300 gm gula Melaka
400 gm gula
200 ml air asam jawa
30 ml cuka
1 kotak belacan bakar – ditumbuk
5 ulas bawang merah- dicincang
70 gm udang kering- ditumbuk
6 tangkai cili padi – tumbuk kasar
CARA MENYEDIAKAN:
- UNTUK MEMBUAT CELUP TEPUNG : Satukan tepung beras, tepung gandum, santan, serbuk penaik, serbuk kunyit dan telur. Bancuh ke semua bahan ini hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan mentega dan minyak masak di dalam kuali. Celupkan ikan selayang dalam bancuhan tepung.
- Apabila minyak sudah panas, goreng ikan selayang sehingga masak. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
- CARA MEMBUAT SOS CILI COLEK : Satukan gula melaka, gula, sos ikan Thai dan air asam jawa, cuka dan air kedalam periuk. Masak di atas dapur sehingga pekat.
- Masukkanbawang merah, belacan bakar, udang kering dan cili api. Sebatikan rasa sos dan biarkan sos mendidihkan.