BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan
1/2 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Sedikit garam
2 sudu besar marjerin – cairkan
1 ½ cawan air
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SAYUR
300 gm brokoli
5 tangkai sayur merah
1 batang terung panjang
1 lobak merah
5 tangkai asparagus
5 keping cendawan tiram putih
5 biji peria
CARA MENYEDIAKAN:
- Sayur dipotong kecil dan dibersihkan. Tuskan
- UNTUK MEMBUAT CELUP TEPUNG : Satukan tepung beras, tepung gandum, santan, serbuk penaik, serbuk kunyit dan telur. Bancuh ke semua bahan ini hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan mentega dan minyak masak di dalam kuali. Celupkan sayur-sayuran dalam bancuhan tepung.
- Apabila minyak sudah panas, goreng sayur-sayuran sehingga masak. Angkat dantuskan. Hidangkan dengan cili colek.