BAHAN-BAHAN
10 gm bawang besar – potong dadu
10 gm bawang putih – potong dadu
10 gm batang sadri – potong dadu
10 gm lobak merah- potong dadu
10 gm tomato – belah empat
10 gm kacang kuda
Secubit oregano
3 helai basil
2 helai daun bay
Tomato pasta
3 sudu besar pes tomato
Minyak zaitun
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan periuk dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun bay hingga naik bau.
2. Selepas itu, masukkan tomato pasta, pes tomato untuk warnanya.
3. Akhir sekali baru masukkan semua sayuran yang dipotong tadi bersama oregano, basil, lada hitam dan garam. Bila dah masak boleh dihidangkan.