BAHAN-BAHAN
375 ml air
500 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun
3 ½ sudu kecil yis
3 sudu besar gula perang – mesin halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula pasir
5 helai daun pudina
10 biji anggur merah dan hijau
CARA MENYEDIAKAN
1.Uli tepung bersama garam, minyak zaitun, yis dan air hingga jadi doh yang lembut. Perap selama setengah jam.
2. Bila nak goreng buat seperti bebola atau apa saja bentuk yang disukai.
3. Bila dah kekuningan angkat dan tus. Kemudian baru gaulkan dengan gula.
4. Untuk hiasan pula…jerangkan periuk dan masukkan gula perang serta daun pudina. Tunggu gula cair baru masukkan anggur warna hijau dan merah. Angkat dan hidang bersama pettole.