Melihat deretan lauk pauk oghang Noghori, aduhhh, sodap. Meleleh air liur. Paling meleleh tengok Cendawan Kukur Masak Lomak. Kalau lambat memang licin. Yang makan di sini, tak payah cakaplah, meleleh peluh dengan air hidung. Makin berpeluh, makin laju menyuap nasi.

Nak makan original air tangan orang Negeri Sembilan, datang sahaja ke De’ Salai Bangi Station. Memang pedas melekat, cuba sekali sampai termimpi-mimpi.

Segala adunan rasa cukup sempurna ditambah dengan keikhlasan menjamu pelanggan yang datang. Kata pemilik, Fatimah Ismail dari Batu Kikir Negeri Sembilan, bagaimana memasak untuk keluarga, itulah yang dipraktikkan di restorannya. Jangan sesekali kurangkan bahan dan masak dengan penuh kasih sayang.

Resepi turun temurun dipraktikkan dalam masakan Negeri Sembilan dan disebabkan itu, walaupun baru sahaja beroperasi tidak sampai setahun, restorannya diserbu pelanggan dari segenap pelusuk negeri. Kata mereka, menu masak lemak di sini tersangat heaven. Cukup sukar ditandingi!

Penggemar ikan patin wajib singgah ke sini, Patin Tempoyak Negeri Style dan Baung Masak Lemak memang meletup. Sampaikan ada yang datang waktu pagi, tengahari dan petang semata-mata untuk menikmati Patin Tempoyak.

Orang Negeri Sembilan mesti biasa dengan Sup Rebusan Tulang kan? Kuahnya terasa cukup ringan namun sarat dengan rasa. Makan dengan cili kicap memang terbaik.

Perut Tembusu Masak Lemak antara menu terbaik yang dihidangkan. Dan Rondang Ayam, kalau ada ketupat atau lemang, tak dapat digambarkan kesedapannya.

Untuk menu petang, kata Fatimah, Mee Bandung Muar antara yang mendapat permintaan ramai. Ayam Golek Pak Su juga antara menu wajib jika ke sini.

Saji sarankan untuk makan tengahari, keluar awal ataupun book tempat. Kalau tidak alamatnya gigit jari. Full house.

Alamat : De’Salai Bangi Station, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Tutup Jumaat

FOTO : NOOREEZA HASHIM