BAHAN-BAHAN:
30 ml minyak masak
100 gm cili kisar
150 gm rempah ketumbar
200 gm rempah kari
100 gm rempah jintan putih
2 keping asam gelugur
1 biji pucuk jantung pisang
200 gm kerisik kelapa
5 ekor isi ikan sardin – rebus
350 ml santan
Sedikit gula Melaka
Secubit garam
BAHAN KISAR:
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 m halia
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
CARA MENYEDIAKAN:
- Jantung pisang dihiris, rendam dalam air garam seketika dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit serta dicelur sekejap hingga lembut.
- Selepas itu panaskan minyak masak, dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya, masukkan semua rempah, tumis hingga pecah minyak dan masukkan asam gelugur.
- Kemudian masukkan jantung pisang kacau sebati serta masukkan santan masak hingga sebati.
- Selepas itu masukkan kerisik kelapa serta bahan perasa sepertigaram dan gula melaka. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
- Akhir sekali masukkan isi ikan yang telah direbus tadi kacau hingga sebati. Hidangkan bersama nasi putih.