GULAI IKAN TALAPIA BERSAMA KELADI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

500 gm ikan talapia hitam

750 ml santan

250 gm keladi – rebus sehingga empuk dan tapis

100 gm pucuk ubi – rebus hingga empuk

2 keping asam gelugur

Sedikit garam

 

BAHAN KISAR:

15 tangkai cili padi

2 ulas bawang kecil

3 cm kunyit

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan bahan kisar dan santan di dalam periuk. Jerang di atas api sederhana kecil.
  2. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih. Kemudian masukkan asam gelugur dan ikan talapia hitam.
  3. Seketika kemudian, masukkan pula pucuk ubi dan keladi.
  4. Biarkan mendidih dan perisakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan