BAHAN-BAHAN:
600 gm filet ikan isi putih – potong jejari
50 gm serbuk roti
1 sudu kecil garam
BAHAN SOS KEJU PEDAS
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil mustard
2 cawan susu
1 cawan keju cheddar – parut
2 sudu sos cili pedas
Garam dan lada sulah
CARA MENYEDIAKAN:
- Gaulkan filet ikan isi putih dengan garam, lada sula dan telur.
- Kemudian golekkan ikan dengan serbuk roti.Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- CARA MEMBUAT SOS KEJU PEDAS: Cairkan mentega dalam kuali. Kemudian masukkan tepung dan mustard gaul sebati. Kacau perlahan-lahan tetapi jangan sampai perang.
- Masukkan susu dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan keju dan sos cili pedas.
- Biarkan keju cair. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah. Kacau sebati. Padamkan api, dan hidangkan bersama jejari ikan.