IKAN MASAK HALIA BERCENDAWAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

300 gm ikan bawal

2 sudu besar minyak masak

3 cm halia muda – hiris halus

3 ulas bawang putih – hiris nipis

3 sudu besar cili kisar

1 cawan santan

20 gm cendawan fungus hitam – rendam sehingga lembut

1 tin cendawan butang – belah dua

2 sudu besar sos ikan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Lumurkan ikan bawal dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga ikan garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih sehingga garing dan wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan santan dan biarkan pekat. Masukkan cendawan dan sos ikan. Perisakan dengan garam dan lada hitam. Kacau hingga sebati.
  5. Akhir sekali, tuangkan kuah halia bercendawan di atas ikan bawal tadi. Angkat dan hidangkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan