FANATIK CHEESE? CONFIRM TERUJA DI MARJORINA CAFÉ.

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Cukup menggugat iman, lagi-lagi kalau sedang berdiet. Lelehan keju yang terbentang di depan mata…hmmmm, lazatnya. Cheesy Toast, Chicken Pomodoro Rice, Steak & Cheese segala-galanya dimewahkan dengan lelehan keju.

Kata Pengurus Operasi, Hairil Anuar Hadzir, adalah tugas Marjorina Café untuk manjakan pelanggan dengan hidangan yang cukup mewah dan eksklusif.  Hidangan bertaraf lima bintang pada harga yang cukup berpatutan.

SAJI cukup teruja melihat seleksi menu yang cukup unik. Gabungan pasta dengan rencah asli Tomyam atau anda boleh pilih untuk merasai pasta bersama adunan rempah kari. Unik dan kelazatannya membuat pelanggan tidak mampu berpaling ke kafe lain.

Adalah satu kewajipan untuk merasai sendiri waffle coklat yang dihidangkan bersama aiskrim. Tampak biasa, namun rasanya bukan biasa-biasa. Kerangupan dan keenakannya terkenal di seantero Kajang dan Bangi. Dan paling istimewa, pesanan waffle akan datang bersama hidangan PERCUMA  Strawberry Choco Frappe atau Strawberry Iced Tea. BERBALOI BALOI.

Tersentak emosi SAJI apabila tiba-tiba ada yang mengalirkan air mata ketika sedang bersantai. Sambil menangis, tangannya tidak henti-henti menyuap ke mulut. Inilah padahnya bila sengaja mencari pasal dengan menu Pedas Kaw Kaw. Kata Hairul, antara yang popular Pedas Kaw Kaw di sini adalah Tomyam Seafood dan Hot Chicken Wings. Memang boleh menangis weiii. Jangan lupa sediakan tisu.

Dan bagi penggemar kopi, inilah destinasi yang harus dituju. Mengapa? Kata-kata yang bertebaran meluas, kopi di Marjorina antara terbaik, malah lebih enak daripada yang pernah wujud di dunia. Ini kata orang ya, Saji hanya sampaikan.

Menyedari hampir 80 peratus pelanggan adalah beragama Islam, Marjorina Café cukup menekankan aspek kebersihan dan hidangan halal untuk kepuasan pelanggan. Hairil menegaskan Marjorina sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan sijil halal. Semua bahan mentah diperoleh daripada pembekal yang diiktiraf mempunyai sijil halal. Dan atas sebab itu juga, hanya pekerja beragama Islam sahaja dibenarkan beroperasi di dapur Marjorina Café.

Jika anda pelanggan setia, jangan lupa dapatkan kad keahlian daripada Marjorina. Boleh dapat potongan sehingga 20%.

Salmon Carbonara. Tersangat lazat dan hirisan salmonnya cukup banyak. Memang puas makan.
Goumessa Chicken Ham Cheesy Toast. Fuhhh, berpeluh nak habiskan cheese dia.
Chicken Pomodoro Rice. Hidangan yang cukup unik. Nasi yang digoreng bersama sos spageti dan diletakkan isi ayam rangup sebelum ditutupi dengan lelehan keju. Must try.
Breakfast EAT LIKE A BOSS. Fuuhhh mewah
Peppermint Frappe. Cukup menyegarkan

FOTO : NOOREEZA HASHIM

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan