BAHAN-BAHAN:
700 gm ikan isi putih
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos plum
2 tangkai cili merah – cincang halus
3 tangkai daun bawang – hiris nipis
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu kecil parutan kulit limau nipis
3 sudu besar daun ketumbar – hiris halus
Sedikit air
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong isi ikan putih mengikut saiz sederhana. Kemudian gaulkan dengan garam dan salutkan dengan tepung.
- Panaskan minyak masak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih dan daun bawang sehingga layu.
- Selepas itu, masukkan cili merah, sos plum, sedikit air, parutan kulit limau nipis dan jus limau nipis.
- Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan putih dan kacau seketika. Perisakan dengan garam dan lada hitam.
- Angkat dan taburkan lebihan daun bawang dan hidangkan.