SIAKAP KUKUS DENGAN PES CILI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap saiz sederhana

5 tangkai daun ketumbar

1 tangkai cili merah – hiris halus

2 sudu kecil gula Melaka

2 sudu kecil sos ikan

2 sudu kecil pes asam jawa

 

BAHAN PES CILI:

2 sudu besar minyak jagung

2 tangkai daun bawang – hiris

3 ulas bawang putih – hiris halus

85 gm udang kering

5 tangkai cili merah

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. UNTUK MEMBUAT PES CILI : Panaskan minyak jagung, tumiskandaun bawang, bawang putih, udang kering dan cili merah hingga wangi dan keperangan. Angkatdan ketepikan.
  2. Kemudian tumbuk, daun bawang, bawang putih, udang kering dan cili merah.
  3. Selepas itu, gaulkan dengan gula Melaka, sos ikan dan pes asam jawa sehingga sebati.
  4. Lumurkan atas ikan dan kukus sehingga ikan masak.
  5. Kemudian taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan cili yang telah dihiris. Jika suka perahkan dengan limau kasturi. Angkat dan hidangkan

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan