BAHAN-BAHAN:
750 gm ikan dori
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar minyak
4 tangkai daun bawang – potong 4 cm panjang
1 tangkai cili merah – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
2 helai daun limau purut – hiris halus
3 sudu kecil parutan halia muda
2 sudu kecil gula perang
2 sudu kecil kicap
2 sudu kecil jus limau nipis
Salad campur untuk hidang
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong ikan selebar dua jari. Perapkan dengan garam dan serbuk cili. Salutkan dengan tepung jagung dan
- Goreng dalam minyak yang banyak sehingga ikan masak keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili ,daun bawang dan daun limau purut sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian di dalam mangkuk lain, satukan gula, kicap cair dan jus limau nipis. Kemudian gaulkan bersama ikan.
- Susun daun salad di dalam pinggan, hidangkan ikan bersama sos daun limau purut.