
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
4 biji tomato masak – cincang halus
2 labu bawang besar
2 sudu besar pes kari
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cuka
½ cawan susu cair
1 sudu besar daun ketumbar – cincang halus
1/2 sudu besar gula perang
1 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi tetapi tidak perang.
- Masukkan tomato, pes kari taucu, sos ikan, cuka dan susu. Biarkan seketika sehingga tomato keluarkan jusnya. Perlahankan api dan masak sehingga kuah mendidih.
- Masukkan ikan, biarkan sehingga ikan masak dan kuahnya sedikit pekat.
- Masukkan daun ketumbar dan hidangkan.