BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam

4 sudu besar rempah Bukhari Chef Ammar

Sedikit madu

Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Ayam dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian digaulkan dengan rempah BukhariChef Ammar dan garam secukupnya.
2. Panggang ayam di dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 180°C.
3. Semasa membakar 30 minit pertama, keluarkan ayam dan sapukan lagi rempah bukhari. Bakar semula selama 30 minit lagi atau sehingga ayam masak .
4. Apabila sudah masak, keluarkan ayam dari ketuhar lalu sapukan dengan minyak sapi. Bakar semula pada suhu 150°C selama 10 minit. Hidangkan dengan nasi kabsah panas-panas.