BAHAN BAHAGIAN ATAS:
500 gm tepung beras
2 cawan santan pekat
Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
300 gm gula merah
1 biji telur
200 gm tepung beras
100 gm tepung sagu
2 cawan santan pekat
BAHAN MEMBUNGKUS:
Daun pisang
Lidi untuk menyemat
CARA MENYEDIAKAN:
1. Daun pisang dilayur dan dipotong bulat anggaran 25 cm. Belah dua. Gulung sehingga membentuk kon dan sematkan dengan lidi. Didihkan air dan susun di celah lubang periuk kukusan.
2. Sementara itu campurkan semua bahan-bahan untuk bahagian atas dan bawah dalam satu bekas yang berlainan dan kacau hingga sebati.
3. Tuangkan separuh penuh adunan bahagian bawah ke dalam kon dan kukus sehingga tiga perempat masak.
4. Kemudian masukkan pula adunan bahagian atas dan kukus sekali lagi sehingga masak sepenuhnya.