Skip to Content

Friday, July 21st, 2017
CARA MANIS

CARA MANIS

Saji Online

BAHAN A:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur (tambah sebiji lagi jika kuih melekat)
1 1/2 cawan air daun pandan (daripada 4 helai daun pandan campur 1 1/2 cawan air)
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

BAHAN B
Gula pasir

BAHAN C
1 helai daun pandan
Sedikit minyak masak

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan A dan kisar hingga sebati dan tapis.
2. Panaskan acuan kuih cara.
3. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung.
4. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan (lebih dari tiga perempat penuh).
5. Biarkan seketika lebih kurang 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit, barulah dimasukkan sedikit gula (Satu pertiga sudu kecil).
6. Tutup dengan tudung periuk.
7. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah diangkat dan sedia dihidangkan.

PESAN SAJI: Jika bahagian bawah kuih belum masak, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.

Previous
Next