AKOK

BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
200 ml santan pekat
140 ml air
120 gm gula melaka
30 gm tepung gandum
3 helai daun pandan -carik-carik
Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak air bersama gula melaka sehingga mendidih dan larut. Tutupkan api. Biarkan sedikit suam.
2. Pecahkan telur di dalam pengisar. Kemudian masukkan santan , tepung gandum , daun pandan dan garam.
3. Masukkan air gula yang suam tadi dan di kisar sehingga adunan sebati. Kemudian tapis adunan.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 200?C. Panaskan sebentar acuan yang telah disapu minyak .
5. Keluarkan acuan dan isi adunan sehingga penuh dan bakar selama 10 minit dengan menggunakan api atas dan bawah. Kuih ini akan mengembang ketika dibakar dan akan mengecut setelah dikeluarkan dari ketuhar.