Skip to Content

Monday, May 29th, 2017
APAM GULA HANGUS

APAM GULA HANGUS

Saji Online

BAHAN GULA HANGUS:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
BAHAN A:
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 ½ cawan tepung gandum

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air, kemudian sejukkan.
2. Di dalam pengisar masukkan telur, susu, minyak dan marjerin, kisar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan kisar lagi.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam acuan plastik telah disapu dengan minyak masak selama 15 minit.
6. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.

Previous
Next