Skip to Content

Friday, July 21st, 2017
PULUT LEPA

PULUT LEPA

Saji Online

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut
2 ½ cawan santan pekat
2 sudu besar garam halus
2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sambal ikan atau sambal daging sebagai inti
Daun pisang dan lidi

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Beras pulut dibasuh dan direndam selama 2 hingga 3 jam.
2. Kukus pulut sehingga naik wap dan angkat.
3. Masukkan garam ke dalam santan dan kacau perlahan-lahan supaya garam menjadi larut. Masukkan santan ke dalam pulut dan kacau sehingga rata dan sebati.
4. Kukus sekali lagi pulut tadi hingga naik wap dan masak. Angkat, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
5. Cara membungkus, potong daun pisang anggaran saiz 10cm panjang x 15cm lebar.
6. Ambil satu sudu makan pulut dan ratakan di atas daun pisang tadi.
7. Letakkan satu sudu besar inti dan bentukan hingga menjadi panjang.
8. Gulung bersama daun pisang tadi dan sematkan lidi di kedua-dua hujungnya.
9. Bakar di atas api yang perlahan sehingga agak garing.

Previous
Next