Skip to Content

Monday, May 29th, 2017
TEPUNG CUCUR

TEPUNG CUCUR

Saji Online

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula pasir
1 ½ cawan air (anggaran)
Minyak untuk menggoreng

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, gula pasir dan masukkan air sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Biarkan selama lebih kurang 3 jam. Panaskan minyak di atas api sederhana.
3. Apabila minyak sudah betul-betul panas. Ambil satu senduk kecil adunan dan tuang ke dalam minyak panas tadi.
4. Biarkan bahagian tengahnya naik membentuk seperti topi.
5. Tunggu sehingga tepi kelilingnya garing, angkat dan toskan. Ulang sehingga habis.

Previous
Next