Skip to Content

Monday, May 29th, 2017
KOLEH BIRU BERSAMBAL

KOLEH BIRU BERSAMBAL

Saji Online

BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung beras
200 ml air
500 gm gula pasir
1/2 liter santan
1 sudu besar halba
Sedikit garam
Sedikit pewarna nasi kerabu

Sambal Kelapa:
1/2 biji kelapa parut
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 cm halia
1 batang serai
Gula dan garam secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bancuh air dengan tepung, kacau hingga sebati.
2. Panaskan santan. Kacau sentiasa hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam santan dan kacau hingga sebati. Masukkan pewarna.
4. Masukkan halba, gula dan garam. Kacau lagi hingga likat berkilat.
5. Angkat dan tuang di atas loyang dan ratakan. Tunggu sehingga sejuk dan potong mengikut kesesuaian saiz.
6. Cara membuat sambal, sangai kelapa parut tadi di atas api sederhana hingga kekuningan dan kisar halus.
7. Bawang putih, bawang merah, serai dan halia ditumbuk sehingga lumat.
8. Masukkan ke dalam kelapa yang dikisar tadi. Rasakan garam dan gula mengikut cita rasa.
9. Tabur di atas koleh yang telah dipotong dan sedia untuk dihidangkan.

Previous
Next