BAHAN INTI :
3 cawan kelapa parut
200 gm gula melaka
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan
200 ml air
BAHAN DADAR:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
Beberapa titik pewarna hijau
Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan air, gula melaka, gula pasir kurangkan jika gula merah sudah manis dan daun pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Jangan masak terlalu kering. Tutup api dan sejukkan inti.
3. Untuk bahan dadar: Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak.
5. Masukkan satu senduk kecil adunan dan ratakan atas kuali leper. Angkat dan letakkan inti di tengah-tengah dan lipat kulit kiri dan kanan, kemudian gulung kemas-kemas.