BAHAN-BAHAN
2 biji oren
3 biji telur
1 cawan gula kastor
3 cawan serbuk badam
1 sudu kecil serbuk penaik

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Sapukan mentega cair pada keliling acuan springform bersaiz 22 cm. Kemudian alaskan bahagian dasar acuan dengan kertas baking tahan lekat.
  2. Masukkan buah oren ke dalam periuk kecil dan curahkan air sejuk hingga menutupi buah tersebut. Di atas api sederhana, biarkannya mendidih. Masak lebih kurang 15 minit atau sehingga empuk. Keluarkan buah tersebut dan keringkan.
  3. Kemudian ulangi proses (2) dan (3) sekali lagi. Proses ini adalah untuk mengurangkan rasa pahit kulit oren. Setelah itu, basuh buah tersebut dan cincang kasar. Buang bijinya.
  4. Seterusnya, kisar oren tersebut dalam mesin pengisar makanan hingga hancur. Ketepikan.
    Dalam pengadun eletrik, putarkan telur dan gula hingga pekat dan pucat. Masukkan oren tadi, serbuk badam dan serbuk penaik. Kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama satu jam atau hingga masak. Rehatkan lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan.