PULUT PAGI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:
550 gram beras pulut
1 1/2 ketul gula melaka
3/4 cawan air
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air kapur
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut putih

 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Beras pulut direndam selama 4 jam. Masukkan satu sudu besar air kapur biarkan seketika. Cuci serta toskan.
2. Satukan gula melaka, gula putih, daun pandan dan air. Masak hingga semuanya larut dan sedikit pekat, kemudian tapis.
3. Kukus pulut sehingga naik wap dalam 10 hingga 15 minit.
4. Apabila pulut sudah masak, keluarkan dan gaul dengan air gula tadi sampai gula menyerap sepenuhnya di dalam pulut.
5. Kukus sekali lagi sehingga naik wap dalam 10 dan 15 minit.
6. Keluarkan pulut. Gaul hingga sebati.
7. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan