BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung
1 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan jus oren
1/2 cawan kulit oren | hiris halus
1 cawan mayonis
1 sudu kecil esen vanila
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 160° Sapukan loyang saiz 8 x 10 dengan mentega dan tepung.
- Campurkan sahaja semua bahan dan pukul hingga halus. Masukkan ke dalam loyang yang telah dsediakan.
- Bakar dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga masak.