BAHAN-BAHAN :
50 gm mentega
110 gm coklat
1 sudu besar pewarna merah
1sudu kecil cuka
1 sudu besar esen vanila
1/4 sudu kecil garam
4 biji telur |asingkan
3/4 cawan gula |bahagikan kepada dua bahagian
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Gunakan acuan springform dan alaskan kertas minyak pada dasar acuan. Sapukan dengan mentega.
- Cairkan mentega dan coklat dengan teknik ‘double boiler’. Ketepikan.
- Dalam mangkuk kecil, sebatikan esen vanila, pewarna, cuka dan garam.
- Kemudian, pukul mentega dan satu bahagian gula hingga kembang. Masukkan adunan vanila tadi dan sebatikan betul-betul.
- Dalam mangkuk yang lain , pukul putih telur hingga ‘soft peak’. Kaup balik adunan telur putih ke dalam adunan satu lagi hingga warna sebati.
- Bakar selama 40 – 45 minit hingga masak. Sejukkan. Kemudian balut dengan ‘cling wrap’ dan biarkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam.
- Setelah itu, potong kepada tiga lapisan nipis dan lapiskan dengan krim keju.